Sunday, December 5, 2010

M A H A ( L ) 2010



The name says it all~MAHAL (expensive). Its gigantic, crowded, and full of stalls from the farm, agriculture technologies, latest findings in the biotech world, herbal drinks, giant size fruits, arowana business, including a stall from Souq Hamidiah, Syria selling wonderful bedsheet and 
tablecloth!


To date, there have been more than a million visitors from around the world. Student, politicions, and people that come from nowhere.


The exhibition is fun, full of variety stalls to look on- good for window shoppers. Its also nice for medium industries to introduce their products. 


Liked the keropok leko with cheezy-mayo from leko-leko (www.leko-leko.com) very yummy :)




Getting there is quite havoc as the means of transportation is not systematic. I only managed to go a quarter of the whole site yet, it was very tiring. People lined up patiently about 1 km long just to go to the breeding site ( laman ternakan). Hope next time there would be more leaflets about the site and ways of travelling. 


There were rainbow umbrellas along the pathway to the main hall.




Their also some buyers cheated on facial cleanser. Due to their flaming selling techniques to coax the customer to buy them... 


So I call it a day. Hope the respect authorities could help in improving the facilities and transportation in managing the grand MAHA. 

Thursday, December 2, 2010

Tolonglah Wahai Wanita : Rayuan Lelaki

depetik daripada: http://www.zaharuddin.net/

Kelmarin saya mendapat satu email dari yahoogroup saya. Ia merupakan rintihan seorang lelaki sudah berkahwin ( jika belum kahwin, mungkin lebih dahsyat cabarannya) yang masih mempunyai iman tetapi sedang diuji dengan begitu kritikal oleh suasana sekelilingnya, terutamanya oleh wanita.

Wahai para wanita, bantulah dirimu dan umat Islam yang ingin menjaga iman mereka. Janganlah menggoda atau termenggoda (tanpa sengaja) mereka dengan dosa-dosamu dan kecuaianmu terhadap hak Allah SWT. Moga kita semua terselamat.

Nabi Muhammad bersabda :

صِنْفَانِ من أَهْلِ النَّارِ لم أَرَهُمَا قَوْمٌ مَعَهُمْ سِيَاطٌ كَأَذْنَابِ الْبَقَرِ


يَضْرِبُونَ بهاالناس وَنِسَاءٌ كَاسِيَاتٌ عَارِيَاتٌ مُمِيلَاتٌ مَائِلَاتٌ


رؤوسهن كأسنة الْبُخْتِالْمَائِلَةِ لَا يَدْخُلْنَ الْجَنَّةَ ولا يَجِدْنَ رِيحَهَا


وَإِنَّرِيحَهَا لَيُوجَدُ من مَسِيرَةِ كَذَاوَكَذَا

Ertinya : "Ada dua golongan dari ahli neraka yang belum pernah saya lihat keduanya itu: (1) Kaum yang membawa cambuk seperti ekor sapi yang mereka pakai buat memukul orang (penguasa yang kejam); (2) Perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat, rambutnya sebesar punuk unta. Mereka ini tidak akan boleh masuk syurga, serta tidak dapat akan mencium bau syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian." (Riwayat Muslim)

Sebar luaskan nasihat ini, moga ia mampu sampai kepada wanita seksi yang tidak mahu membaca di web nasihat agama seperti ini.Tentunya tidak semua lelaki menghadapi tekanan dan masalah seperti ini, namun tidak dinafikan mungkin ramai yang menghadapinya. Luahannya bukan ingin menyalahkan wanita tetapi meminta bantuan para wanita agar lelaki boleh lebih mudah mengatasi nafsu yang menjadi ujian kepadanya.



Berikut adalah emailnya :-

Assalamualaikum,

Boleh dikatakan setiap hari saya berperang dengan nafsu, sakit jiwa dan mental dibuat nyer, tak tau sampai bila dan sampai mana boleh tahan. Nak dimudahkan cerita, boleh dikatakan setiap hari hidup ni berhadapan dengan perempuan-perempuan yang menghairahkan depan belakang kanan kiri (celakalah keatas kamu!!!).

Tolonglah wahai wanita, aku ingin jaga mataku dan imanku

95% jiwa memberontak nak melakukan seks bebas/zina.. 5% jer tinggal sebab takut nanti Allah marah dan sebab kerana aku orang Islam, nasib baik Islam tak bagi. Jalan kearahnyer cukup mudahhhh, sangat mudah bagi saya, tak payah rogol-rogol atau paksa atau bayar. Free sahaja, dah macam-macam strategi saya gunakan untuk penjarakan nafsu ini, sampai membuat perintah berkurung tak payah keluar rumah tapi mana boleh setiap hari, mesti juga kena keluar pergi kerja.

Secara jujurnyer sebahagian orang perempuan zaman sekarang dah melampau!!!! berpakaian melampaui batas tanpa segan silu. atau ada perasaan malu, saya ni oranglelaki kalau disuruh pakai seluar pendek celah kangkang berbaju singlet pergi ke tempat khalayak ramai pun tak sanggup.. maluuuu.. tapi ada orang perempuan yang sanggup pada masa kini mana pegi hilang malunyer aku pun tak tau... menyusahkan akuuu...

Tanpa segan silu saya menaip, kekadang diri terpaksa menumbuk sepak terajang pintu atau bantal maki hamun nyumpah serapah nak meredakan nafsu.. bagi penatt... isteri memang ada tapi sendiri pahamlah.. kalo nampak isteri aku sorangg jerrr mudah sket nak kawall.. kalo dah kluar dari rumah mau terbeliak bijik mata... lagi-lagi kalo time nak gi atau balik kerja.. adehhhh!!! nak gak kawen lagi satu tapi belum mampu lagi...

Kepada kaum perempuan aku merayu tutuplah aurat muuu.. tutup setutupnyerrr. . kasihanilah aku yang terpaksa berperang setiap hari oleh dek kerana perbuatan kamu... tolongglahhh. .. aku bukan orangwarakk.. aku bukan orangalim ulamak.. aku hamba Allah yang biasa.. tak tau sampai bila aku mampu bertahan..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Di atas adalah pandangan orang yang sudah berkahwin, bagi saya serta rakan2 yang masih bujang godaan daripada perempuan yang lalu-lalang di jalan, midvalley, klcc, jaya one, bandaraya pendang, city plaza, stesen ktm, kl sentral @ dimana sahaja tetap mengugat iman kami.

Kebanyakan wanita telah memper'hamba'kan diri kepada fesyen, tanpa mengira fesyen tersebut mematuhi etika pakaian seorang muslimah @ x. Terdapat lambakan kedai di luar sana yang menjual pelbagai fesyen terkini yang memenuhi citarasa Barat- termasuk pakaian muslimah. Kononya bertudung tetapi tidak menutup dada dengan sempurna, singkat di sana-sini malah ada yang menampakkan jambul seperti bonggol unta yang dilarang oleh nabi.

Alahai wanita zaman sekarang- apa sudah jadi?

Saya terkesima dengan sikap sesetengah wanita yang kini lebih menonjolkan kecantikan luaran berbanding etika pakaian seorang muslimah.

Antara usaha yang dijalankan yang menarik perhatian saya adalah pihak kerajaan serta beberapa pengarah drama mula mempromosikan pemakaian tudung dalam iklan serta drama.

Bukannya tak cantik bertudung, malah nampak ayu lagi. Jadi kenapa tidak terus mengamalkannya (bertudung)?

Ada yang kata tak nak hipokrit, padahal itu hanyalah bisikan iblis agar melengah2kan arahan Allah. Percayalah, ramai lelaki yang menghormati keputusan wanita untuk berhijrah (bertudung). Namun, perubahan menuntut azam yang tinggi bagi sebahagian wanita.

Moga dengan tulisan ringkas ini Allah membuka hati para wanita agar dipermudahkan untuk menutup aurat menurut etika Islam. Segala yang baik itu hadir daripada Allah SWT dan yang buruk itu dari saya.

Selamat berhijrah! :)